Latest Articles
Apr 28

Written by: Nur Shaheed
Monday, April 28, 2008 7:17 PM

Walaupun dapatan tinjauan itu tidak mengejutkan, ia sebenarnya mengesahkan tanggapan kita sendiri mengenai tahap perniagaan Melayu/Islam.

Perunding cara utama Mubarak Salim & Company, Encik Mubarak Salim, berkata perubahan minda amat diperlukan agar perniagaan Melayu/Islam dapat menunjukkan kemajuan.

'Walaupun kita menjual pakaian Muslimah misalnya, kita boleh menjualnya kepada pasaran luar negara di Malaysia atau di Indonesia seperti yang dilakukan oleh First Lady.

'Persaingan semakin sengit dan kos semakin tinggi. Untuk berkembang, kita tidak ada pilihan melainkan meluaskan pasaran kita,' katanya.

Namun, beliau akur tidak mudah untuk berubah minda dan 'keluar daripada zon keselamatan' kita.

'Kebanyakan peniaga sudah selesa dengan cara mereka. Mereka berniaga cukup untuk menjana pendapatan bagi menampung keluarga,' tambahnya.

Pengarah Ed Borhan, Encik Nur Shaheed, merasakan dapatan tinjauan itu tidak menggambarkan ciri-ciri peniaga Melayu/Islam muda secara umum.

Beliau menambah kebanyakan peniaga Melayu/Islam yang muda lebih terbuka untuk menjalankan perniagaan mereka di luar negara atau menembusi pasaran nasional di Singapura.

'Mungkin kerana pergaulan dan pendedahan kami kepada bangsa asing yang lebih luas, perspektif perniagaan kami berbeza.

'Bagi kami, perniagaan di Singapura terlalu kecil untuk kami berkembang,' kata Encik Shaheed, yang sudah pun merancang menyediakan khidmat runding cara teknologi maklumat (IT) di Timur Tengah walaupun syarikatnya baru berusia tiga tahun.

Bagi golongan yang amat selesa dan tidak mahu mengembangkan perniagan mereka, Encik Mubarak menyarankan agar Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) meningkatkan kemahiran asas para peniaga tersebut seperti menguruskan kewangan dan pekerja.

Pengarah Urusan Shahidah Travel & Tours, Encik Ayob Angullia, berkata DPPMS perlu melakarkan strategi baru bagi membantu peniaga Melayu/Islam yang mahu mengembangkan perniagaan tetapi mungkin tidak cukup dana.

'Kita mungkin memerlukan bantuan tambahan daripada pemerintah khusus bagi membantu peniaga Melayu/Islam. Misalnya, dalam bentuk memberikan pinjaman yang lebih mudah kepada peniaga kita meluaskan perniagaan,' jelasnya.

Encik Mubarak juga menyarankan supaya DPPMS membentuk kredit mikro menggunakan konsep Islam Murabaha atau modal permulaan (seed capital) bagi membantu perniagaan Melayu/Islam.

DPPMS perlu juga memikirkan strategi untuk mendampingi para peniaga Melayu/Islam muda yang cukup berpotensi untuk berkembang, tambahnya.

Tags:

Your name:
Title:
Comment:
Security Code
Enter the code shown above in the box below
Add Comment    Cancel  
  

  Search
 Internet Strategy Reviews
  

 Past Releases
  

 Search Articles